love is amazing!!!

Background

Followers

Sunday 23 December 2012

** 23.12.2012**

** 23.12.2012 **
*** Office Ku ***


Assalamualaikum...
Hai...hopefully sume sahabat blogger sht belaka ye...Hari ni kat ofis adalah lah update keje2 ckit...N sekarang curi masa untuk update entry kat blog sendiri ni..
Tinggal lagi 8 hari jew nak melangkah ke Tahun Baru **2013**..Sekejap jew terasa masa berlalu...Pejam celik dah pun hujung tahun...Dan genap 2 tahun lebih aku bekerja di Kedah...Entah sampai bila agaknya aku dapat stay keje kat cni ....? Tahun depan dah nak tamatkan zaman bujang...Nanti xde dah lah ye pangkat 'Cik' tu...Coz bakal bertukar kepada 'Puan'....hehehehe....
Persiapan dah pun ready ckit2...Bab borang plak juz ada ckit lagi nak kena update...
Kat rumah plak tengah sibuk renovate bilik untuk aku..hehehe Macam xpercaya jew aku dah nak kahwin nanti....Bersediakah aku??? Hahahaah....
Sekarang pun dah genap 7 bulan aku bergelar tunangan orang...Macam-macam perkara pahit manis aku lalui dalam tempoh ni...Yang penting dalam setiap perhubungan adalah kesabaran, kesetiaan , kepercayaan...Kalu asas yang ni pun xde dalam diri kita, maka hubungan tu susah untuk bertahan lama..Hidup mana yang xpernah diduga? Alhamdulillah...aku bersyukur dengan apa adanya dalam perhubungan kami...
Aku juga harap semoga perjalanan hidup kami akan dipermudahkan oleh-Nya...Insyaallah....


Friday 21 December 2012

** SELANGKAH MENUJU KE HADAPAN_ 2013**

Persiapan yang perlu bagi setiap pasangan yang bakal berkahwin.... ;)



12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu


5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa


2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan


SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung



    Sunday 7 October 2012

    ** Kursus Pra-Perkahwinan**

    Assalamualaikum....
    Haii, apa cter semua rakan2 blogger? hopefully sihat2 belaka....Topik aku kali ni?? Urmm dah tertera kt atas lagi dah...xperlu diberitahu lagi kan?? hehehe....
    Ok lah...aku pg kursus ni bersama dua rakan satu tempat kerja dengan aku..iaitu Ety dengan Aril....Kursus 2 cuma 2 hari bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman anjuran bersama Kalam Muslim dan IPDA.  1st tme dapat masuk ke institut itu..hahaha....kebanyakan yang terlibat adalah golongan student sana...hehehe adalah dalam beberapa orang termasuk kami yang tersesat ikut diaorng kursus sekali..So far semua berjalan dengan lancar. Banyak juga input yang aku dapat, banyak perkara yang aku belajar sebelum melangkah ke step yang seterusnya...Yang paling penting xmembosankan..kat bawah ni aku adalah tentatif sepanjang kursus yang kami ikuti.

    05/10/2012

    7.30-8.30        - Pendaftaran dan taklimat kursus

    8.30-10.30      - Akidah/ Ibadah

    10.30-11.30    - Akhlak

    11.30-12.30    - Hubungan dalam keluarga

    12.30-2.30     -REHAT ( Makan minum disediakan)

    2.30-4.30       - Prosedur Perkahwinan

    06/10/2012

    8.00-8.30        - Pendaftaran dan taklimat kursus

    8.30-10.00      - Pengurusan Kesihatan

    10.00-11.00    - Pengurusan Sumber Kewangan dan Masa

    11.00-12.00    - Komunikasi Suami Isteri

    12.00-2.30     -REHAT ( Makan minum disediakan)

    2.30-3.30       - Pengurusan Stress dan Runding Cara

    3.30-4.30       - Pembubaran Perkahwinan

    4.30-5.00       - Taklimat Penutup

    Semasa pendaftaran, aku telah dibekalkan dengan satu fail yang berisi tentatif kursus, kertas A4 untuk catatan nota, pen biru , borang kursus dan buku yang bertajuk 'Memasuki Gerbang Perkahwinan'.
    Buku 2 mengandungi semua nota berkaitan rumah tangga yang boleh kita amalkan setelah melangkah ke alam perkahwinan yang tersayang.  Memang patut golongan yang bakal berkahwin menghadiri kursus kahwin kerana ia dapat memberi banyak pendedahan berkaitan pengalaman yang telah dilalui oleh penceramah.  Hal yang demikian dapat membuka mata para pasangan untuk melakukan serta mengamalkan apa yang patut dalam membentuk rumah tangga yang harmoni seterusnya mengekalkan kebahagiaan yang telah mereka perolehi tanpa ada pertelingkahan yang menjurus ke arah pembubaran perkahwinan.  Lagipun kita semua ingin berkahwin bukan untuk bercerai di masa akan datang.. Betulkan??
    Kemanisan dalam kehidupan berumah tangga sepatutnya diperolehi oleh kita dan dinikmati dengan sebaik-baiknya.  Insyaallah...jika kita di jalan yang benar Allah S.W.T akan memberkati perhubungan itu.

    Sebaik-baiknya hidup dalam berumahtangga ini perlu ada sikap bertolak ansur, memahami antara satu sama lain, menghormti pasangan dan yang paling penting agama.  Jika kita bentuk keluarga dengan didikan agama yang mencukupi, insyaallah hubungan itu akan sentiasa harmoni dan ceria selalu....

    Jadi kepada kawan-kawan yang belum lagi pg kursus tu boleh lah cepat-cepat pg...Jangan tertidur dah la ye...Sebab masa yang terbuang tu telah merugikan anda dalam mendapat input yang cukup berharga..


    Oklah ye, setakat ini sahaja coretan aku untuk kali ini.  Semoga apa yang telah aku sampaikan dapat memberi sedikit bayangan kepada yang xpg lagi kursus kahwin ni...






    Friday 31 August 2012

    **Me again... ;) ...!!!**


    <<<<WELCOME TO MY BLOG AGAIN>>>>
    Hehehehe

    **Cik Anie**



    Salam Lebaran buat semua umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri...Rasanya tak terlewat lagi  untuk ku ucapkan ....Hehehehe...Ramadhan berakhir...Syawal menjelma...
    Macam mana sekarang kawan-kawan semua??? Masih bz berhari raya?
    Mestilah kan...tambah2 plak time2 sekarang ni semua bz buat rumah terbuka...
    Tapi...jangan terlampau syok makan pelbagai makanan...nanti takut2...terlebih dos dan terlajak makan...Penyakit plak yang melanda...hopefully...semua beringat2 sebelum terjadi...
    Ok lah...banyak plak aku bercakap kan...
    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir dan Batin

    Love u all....
    Hehehehehh....
    See u all again in my lovely blog...

    Monday 30 July 2012

    **My Special Day is My Besday**

    ***27.07.1989***
    *****It's My Birthday*****
    ****Cik Anie****

    "happy besday to u....hepy besday to you....happy besday to syg....;)"
    Terharu rasa dengar En.Tunang nyanyi 4 wish my besday....walaupun bukan yg 1st person wish....tapi tetap mengharukan hati ini....Lagipun faktor kelewatan adalah diluar kemampuan....hehehehe...
    Hadiah yang paling bermakna ialah dapat sambut besday bersamanya....Dapat berbuka bersama-sama....

    After makan sempat lagi snap beberapa keping gambar di I-City Alor Setar....hahahah....


    
    Muka Keletihan...hahahahahah
    
    Hepy dapat bersama-sama.........
    


    
    Olooo...nak juga berposing....heheheheh
    
    
    
    Alhamdulillah ...Detik 27.07.2012 genap lah 23 tahun umur aku....hehehehe....(Muda ag kan)................
    Kali kedua aku dapat sambut bersama-sama dengan dya...Bermakna genap 2 tahun sudah......hubungan kami...semoga Allah akan sentiasa merahmati hubungan kami berdua...Amin..............


    Wednesday 18 July 2012

    ** Gayakan Penampilan Dengan Skirt Lycra??**



    Salam buat semua rakan-rakan blogger ku...heheheh ;)
    Actually topic hari ini, aku nak cakap pasal Skirt Lycra...
    Dalam masa terdekat ini aku selalu je survey pasal skirt ni...Bukan apa..aku tengok orang lain pakai comel je..Nampak ayu lagi tu...Hahahhaha....Betul tak??
    Niat dihati nak try jugak gayakan skirt tu..hahaha...Rasa-rasa ok x nanti?
    Tapi sesuai ke aku nak pakai macam tu?



    Comel kan? Nampak lebih elegan kan?
    Haiii...nanti aku nak p cari la....dalam blog pun banyak juga choices....Tapi kan? Warna apa yang menarik?? Warna apa yang sesuai dengan aku ek?
    Tapi tak apa, survey2 dulu....

    Monday 16 July 2012

    **16.07.2012**

    Assalamulaikum..
    Hye kawan2 sume...(sapa la ye yang baca blog aku ni??)..Tak kisah la sapa2 pun...
    Rasanya dah lama tak masuk apa2 'story' ....Actually aku tak ada idea nak entry apa2..
    Sebenarnya aku tak tahu apa yang tak kena dengan diri aku ni...2, 3 hari ni asyik nak marah-marah je, cepat terasa pula tu...Kenapa?? Aku sendiri tak dapat nak jelaskan...perasaan ni hadir sendiri..Macam mana aku nak elakkan dari terus jadi macam ni?
    Silap-silap kalau tak dibendung boleh membuatkan sesuatu perhubungan 2 semakin goyah...Semua gara-gara dek terlalu ikutkan perasaan...
    Aduiii...parah betul kalau dah sampai tahap macam ini.....
    hati...oh hati....kenapa kau jadi sebegini rupa.....??
    Hati tak dapat nak jawab la kan?
    Aku sendiri la kena tentukan macam mana cara untuk aku menangani semua masalah ini...
    Dah lah bulan puasa dah semakin dekat...tak akan lah aku nak bergaduh dengan orang je kan?
    Sepatutnya 'time' macam ini lah aku kena minta maaf dengan semua orang atas semua salah silap yang aku buat...samada dalam keadaan sedar ataupun tidak...
    Baiklah...dekat sini aku nak minta maaf dengan semua orang yang ada aku buat salah dan silap....moga-moga diaorang semua dapat memaafkan....
    Urmm sedihnya.........:( ............

    p/s : Janganlah kita saling berdendam antara satu sama lain.....sesungguhnya memaafkan antara satu sama lain adalah perkara yang paling mulia.....

    Thursday 5 July 2012

    **Holiday dalam kursus**








    Hai semua....pic diatas telah kami snap semasa sedang berkursus di IPP Langkawi....
    Pagi kami berkursus, petang plak menghabiskan masa dengan jalan-jalan kat Dataran Lang dan shopping coklat dekat Haji Ismail Group...Sempat lagi untuk aku , adik dan kawan2 berposing depan Langkawi Saga.......Aku ni pantang kalau pergi berjalan...wajib bergambar...buat kenang-kenangan la katakan..Lagipun bukan selalu pun kan nak macam ni? Bila dah ada peluang macam ni...boleh buat macam-macam.....
    Perempuan memang macam ni kan...Kaki jalan dan kaki shopping....Godaan tu banyak sangat.....heheheheh :)

    **Jalan-jalan Di Tasik Darul Aman**

    Nie 2 orang adik aku...nampak gaya Aidil dah lebih tinggi dari kakak2nya....hahahahah
    Makin terserlahlah nanti 'kerendahan' kami berdua...hehehe  :)

    Haa yang baju hijau tentu semua da tau siapa kan?
    My lovely 'tunang' with adik2 aku dan mak tersayang...

    Yang pic ni, dah terang-terang aku la kan berbaju biru 'Angry Bird' sedondon ngan adik aku...Actually adik aku la beria2 sangat nak beli sama...hahaha......

    Inilah kami berdua....

    Adik aku bersama mak....

    Aku dan sidia tersayang...gelap sudah kulitnya...hehehe...baru balik dari operasi la katakan....
    

    **Perwatakan seseorang melalui cara berjalan**

     
     
     
    Sifat dalaman seseorang tidak akan tertonjol semasa awal perkenalan, adakah anda tahu bahawa cara jalan juga serba sedikit menunjukkan ciri-ciri diri seseorang, bunyi seperti tidak penting tetapi sebenarnya sangat perlu diperhatikan, apa kata anda cuba tengok dibawah ini adakah ianya ada yang sama dengan anda?

  • Jika dilihat dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Sesiapa yang jalannya berginjat, kononnyadia adalah seorang yang tidak jujur kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain, juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, biasanya suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana orang seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai. 

  • Jika berjalan yang kerap menoleh ke kiri dan kanan. Orang seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap orang seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, walaupun begitu ramai yang berusaha untuk menakluki hatinya. Kononnya orang seperti ini senang diatur dan diuruskan.

  • Jika suka jalan sambil menunduk. Orang seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Orang seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, mereka ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada yang berjaya menawan hatinya dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, orang jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati seseorang yang dicintainya.

  • Jika berjalan memandang lurus ke depan. Mereka ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika orang seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

  • Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Mereka yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia  menganggapnya masalah kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

  • Jika berjalan badan tampak tegak. Mereka ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari orang seperti ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi orang yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

  • Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Mereka yang jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan orang seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung.

  • Jadi apa kategori rakan-rakan semua? Renung2kan dan nilailah diri anda sendiri.....:)

    **my stories**

    Salam buat semua teman2 blogger...yang selalu mengisi masa terluang dengan update apa2 stories kt blog masing2...Terasa lama jari jemari ni tak menari atas keyboard yang telah sedia menanti ...hahahaha...bermadah pujangga la plak aku ni kan?  Dah jiwa tu macam tu....hehehe...
    Aku tak sabar sebenarnya nak tunggu sambungan cerita Dejavu Kinabalu malam nanti...apa la agaknya yang telah terjadi dekat Nadhira tu...hurm excited rasa nak tahu....





    Drama yang benar2 romantik...hahaha....Kalau dalam hati dah ada taman...apa2 semua yang kita tengok, dengar, asal ada jew kaitan dengan cinta...mesti semuanya kita akan rasakan sesuatu perkara yang indah...sampai terbawa-bawa dalam mimpi tu...hahaha...Itu namanya jiwa kita dah terlalu parah la tu...Kena cepat-cepat pergi jumpa 'Doktor Cinta'....
    Adakah anda semua telah miliki  'Doktor Cinta'....?
    Rasanya masing-masing dah ada......

    Ada lagi satu cerita ni kan...'Glory Jane' ...Hari-hari aku tak akan terlepas tengok cerita ni....Disebabkan terlampau menghayati cerita ni kan, sampai mengalir air mata ni...hahaha.....Cerita yang menyedihkan.....Sesiapa yang suka layan cerita korea ni mesti tengok punya cerita ni....


    Hari-hari drama tetap yang aku mesti nanti-nantikan seperti yang tertera diatas...hehehe......:)
    Jom semua kita tengok...untuk sesiapa yang berminat jew la...yang tak suka tu, xpayah la tengok ye.....

    Monday 25 June 2012

    ** Tatkala Mengimbau Kenangan Lepas **

    Malam kini menjelma...aku masih lagi seperti siang tadi..mood: so bad!e
    How can i make it feel better again? Like always? Juz happy and i can smile like before this time?
    Huh.....My heart so sick.........Semua ni mainan perasaan...gurauan emosi...penangan cinta.....
    Terimbau kembali kisah beberapa hari lepas :

    Tarikh : 20hb Jun 2012
    Hari : Rabu
    Masa : 3:07 p.m

    Mesej Dihantar kepada : *Abang*
    'Cinta itu bermakna jika ianya bersulam kasih sayang...
    berteraskan kesetiaan dan kejujuran....
    cinta itu indah tatkala rindu bertamu dihati....
    Mengundang rase gelisah tatkala tak bertemu...'

    Mesej kepada : Sayang
    'Pandai ek sayang bermadah'

     I miss u my dear...really miss u.... 
    Sesungguhnya saat bersama mu adalah yang terindah...kekalkah ia begini selamanya?
    Hopefully it can be forever....

    Abadikan cinta kita selamanya.............

    **Butterfly**



     
    Ketika waktu mendatangkan cinta
    Aku putuskan memilih dirimu
    Setitik rasa itu menetes
    Dan semakin parah

    Bisa ku rasa getar jantungmu
    Mencintaiku apa lagi aku
    Jadikanlah diriku
    Pilihan terakhir hatimu

    Butterfly terbanglah tinggi
    Setinggi anganku untuk meraihmu
    Memeluk batinmu yang sempat kacau
    Karna merindu

    Butterfly fly away so high
    As high as hopes I pray
    To come and reach for you
    Rescuing your soul
    That previous messed up false me and you

    Jalan ini jauh
    Namun kita tempuh
    Bagai bumi ini
    Hanya milik berdua
    Biar ku berlebihan
    Mendekatimu
    Namun ku tunggu

    **25.06.2012**

    Assalamualaikum..
    Salam sejahtera semua..
    Hari ini aku rasa terlalu stress..tension...
    Actually dah dari semalam lagi mood xbrape nak ok...
    Entah lah...kalau boleh ase xnak mai keje je hari ni...nak buat apa2 pun ase macam terpaksa jew..
    Nak cakap dengan orang pun dah xde mood...
    Dia buat salah aku ke kena mengalah?
    Kenapa plak aku yang nak kena minta maaf dengan dya? sedangkan dya yang buat aku terasa?
    Bila buat salah aku jew la yang xfaham...tapi dah lumrah manusia akan saling salah menyalahi antara satu sama lain bila dah timbul sesuatu masalah..
    Apa pun...aku xbersedia untuk berkata2 apa jua perkara dengannya...
    Biarlah aku mengambil masa yang ada untuk tenangkan hati dan fikiranku yang kian kusut...
    Maafkan aku sekiranya ia salahku...
    Sesungguhnya aku tak terdaya untuk menipu diriku untuk berpura2 tiada apa2 rasa dihati ini...
    Berikan aku ruang bersendirian...Titik...Noktah...No more excuses.........

    Sunday 17 June 2012

    **Selamat Hari Bapa**

    Assalamualaikum..Morning semua..
    Hari merupakan minggu ketiga dalam bulan Jun..
    yang mana pada tarikh hari ada dua perkara yang istimewa..
    Yang pertama merupakan Israk Mikraj dan xlain xbukan merupakan Hari Bapa..
    Happy Father's Day buat abah yang tersayang....
    Semoga happy dan ceria selalu...
    Sesungguhnya pengorbanan 'Bapa' dalam mendidik dan membesarkan kita terlalu besar dan tak terhingga...
    Jadi jangan lah pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih serta membalas segala apa jua yang pernah kita dapat...
    Terima kasih abah...
    Love u so much!!! ;)

    Saturday 16 June 2012

    ** hari sabtu**

    Assalamualaikum..
    Gud Morning semua...
    Hope chat2 semuanya dipagi hari yang indah ini..
    Actually hari ini aku nak pergi buat latihan motor..Semalam dah mesej kat agen tanya samaada hari ini ada buat x latihan tu? Tapi xberjawab pun sms tu?
    Then pagi tadi dalam kul 5 lbh mcm tu la, tgok la hp kot2 la ada dya reply? xde jgk ..cuma ada 1 miscall je...La time tu aku dah tdo la macam mana nak pickup call? Kurang2 hantar la sms bgtau macam mana...kan2?

    Lepas tu pagi2 ni aku bangun terus mandi dan berciap tunggu kot2 dya datang ambil ke? Aku dah sms td tanya jadi x nak buat latihan pagi ni..xberjawab jugak...Nak call takut nanti menganggu plak pagi2 macam ni kan...Jadi sekarang jam menunjukkan pukul 8.13 a.m..still xdatang lagi, call pun x...That's mean xde la tu kan...Buat penat jew bangun mandi awal2...kalau tak, sambung tdo pun lagi bagus kan...hehehe....lagipun time2 cuti cam ni la nak tdo lama2 ckit pun...Hari kerje kena bangun awal kan...huhuhu...

    Apa2 pun...aku xrasa mengantuk lagi sekarang bila dah duk menghadap laptop ni...Macam biasa lah ...kalau da on laptop , keje aku duk on fb dengan blog ni jew la...Aktiviti mengisi masa terluang...Itupun time rajin jew la...

    Aku sebenarnya kebosanan..Coz cik abang masuk buat kerja dalam hutan dalam istilah 'jiwa murni' ..
    Aku ada la jugak tanya kat dya apa maksud 'jiwa murni' tu...dya cakap bina rumah untuk orang asli dalam hutan...kat Gua Musang, Kelantan sana....kira macam buat kebajikan la...hehehe...
    Tapi nasib baik la aku dan dya still dapat berhubung antara satu sama lain...cuma masa je la yang terhad...
    Dya akan call atau hantar sms waktu petang..Itupun bergantung kepada tugasan diaorang la...Kalau cepat ciap cepat la dya naik bukit untuk cari line...Then baru la kitaorg dapat bercakap...heheheheh.....

    Lagipun dya bertugas cuma untuk sebulan...Jadi aku kena la bersabar menanti....
    I will wait 4 u my dear....:)

    Thursday 14 June 2012

    **Duniaku Kini**

    Assalamualaikum...Salam sejahtera..
    Dah lama rasanya aku xmengisi masa dengan update blog ni...
    Sejak dua menjak ni terlalu asyik dibuai rasa yang xdapat nak aku sendiri gambarkan...Alhamdulillah kini telah sebulan aku berstatus 'tunangan orang'...Hati aku terasa lapang sangat coz tinggal beberapa langkah jew lagi untuk aku dan dya merealisasikan apa yang kami inginkan...
    Pelbagai perkara yang perlu kami buat dan rancang dengan betul untuk pastikan sumenya akan berjalan lancar...

    The 1st thing yang aku rasa kena buat ialah pergi kursus kahwin..Bilalah agaknya aku nak pg mendaftar ni??? urmm actually aku xmau la pergi sorang2...hehehe...terasa segan la plak...kalu ada geng ok lah ckit kan? Tu la pasal....kebelakangan ni macam program plak nak buat..dengan kursus la, keje lagi yang xberkesudahan...macam mana ni??

    Hurm kena juga cuba ambil masa untuk pergi ke kursus tu kan??
    Aku plak duk push 'tunang' aku suh pergi buat cepat2...tapi aku??Hehehe....
    Dya plak sentiasa ada jew operasi la, kursus la, macam2 la...masuk hutan plak berbulan2...
    Abah cakap ' haa nak kahwin sangat dengan askar darat, macam tu la nanti...asyik kena tinggal jew....'nak buat camne lagi abah oiii...dah tu la jodoh kita kan?
    Dulu aku pernah cakap...'bila besar nanti kan, aku tak nak cari suami yang keje Askar, Doktor dan Polis...sebab Askar kejenya bahaya....Doktor asyik sibuk jew dengan pesakit...Polis plak takut nanti kena tembak dengan penjahat...' tetapi apakan daya telah tersurat jodoh aku dengan seorang askar...terimalah dengan seadannya...lagipun setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya...kita haruslah bersyukur.....

    Aku redha dengan ketentuan-Nya...sesungguhnya aku terlalu menyayangi dirinya...Semoga Allah akan mempermudahkan urusan kami sebagai hambamu dan seterusnya merestui perjalanan hidup kami....

    Thursday 24 May 2012

    **Majlis Pertunanganku**


    Aku dan dya
    Bakal Mak Mertua sarung cincin pertunangan kami...





    Kedua-duanya tersipu malu...heheheheheh

    Bersama sahabatku Nani

    Bergambar bersama kedua-dua pihak...

    Ckin, Aku, Dya dan Kery


    Hantaran dari pihak lelaki
    Hantaran dari pihak perempuan
    Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna dan aku selamat bergelar 'Tunang' kepada Mohd Nazri.........................

    Wednesday 25 April 2012

    ** KU INGIN KAMU**





     Demi semua yang aku jalani bersamamu
    Ku ingin kau jadi milikku
    Ku ingin kau disampingku

    Tanpa dirimu ku
    Hanya manusia tanpa cinta
    Dan hanya dirimu yang bisa
    Membawa surga dalam hatiku

    Ku ingin engkau menjadi milikku
    Aku akan mencintaimu
    Menjagamu selama hidupku
    Dan aku kan berjanji
    Hanya kaulah yang kusayangi
    Ku akan setia disini
    Menemani...

    Sentuhanmu
    Bagaikan tangan sang dewi cinta
    Yang berhiaskan bunga asmara
    Dan membuatku tak kuasa

    Ku ingin engkau menjadi milikku
    Aku akan mencintaimu
    Menjagamu selama hidupku
    Dan aku kan berjanji
    Hanya kaulah yang kusayangi
    Ku akan setia disini
    Menemani...

    Di setiap alir darahku
    Tersimpan di hati kecilku
    Bahwa dirimu terindah untukku

    Ku ingin engkau menjadi milikku
    Aku akan mencintaimu
    Menjagamu selama hidupku
    Dan aku kan berjanji
    Hanya kaulah yang kusayangi
    Ku akan setia disini
    Menemani...

    Selama ku masih bisa bertahan
    Selama ku masih bisa bernafas
    Selama Tuhan masih mengizinkan
    Ku ingin selalu menjagamu
    Selama ku masih bisa bertahan
    Selama ku masih bisa bernafas



    Tuesday 17 April 2012

    **Senyumlah di kala hati ingin menangis**

    Puisi ini benar-benar menyentuh hatiku…Ampunkan aku Ya Allah, kerana terkadang hati ini berburuk sangka padaMu…Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang…Ampunkan aku oh Tuhan ku…
    Adakalanya….
    Hari yang panas dan ceria
    Bertukar mendung seketika
    Mentari merangkak pergi
    Gumpalan awan bertandang sisi
    Hati gundah
    Tercari-cari
    ke mana perginya mentari yang dinanti
    Begitulah hidup…
    Di saat kau selesa dengan kehidupan
    tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
    kehilangan nikmat harta
    kehilangan nikmat ilmu
    kehilangan nikmat rakan dan keluarga
    dan kau meratapinya….
    Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu…
    Yang menciptakan segalanya
    yang menimpakan ujian
    yang menjadikan sakit hatimu
    yang membuatkan keinginanmu terhalang
    serta menyusahkan hidupmu
    pasti akan damailah hatimu kerna…
    masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
    Bukan Allah tak tahu derita hidupmu…
    retaknya hatimu
    sengsaranya sukmamu
    Mungkin itulah yang Dia mahukan
    kerna
    Dia tahu
    Hati yang sebeginilah
    selalunya lebih lunak dan mudah untuk
    DEKAT dan AKRAB dengan-Nya
    Saat hujan turun membasahi hatimu
    kau menangis kerna
    merasa beratnya ujian tidak tergalas
    ~SenYumLaH~
    kerna
    Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
    selepas hujan sirna kelamnya
    ‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya’
    (Al-Baqarah:284)
    “kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
    (Al-Insyirah 5-6)

    Tuesday 10 April 2012

    **Kursus Induksi Umum & Khusus**

    Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Salam 1 KSM dan Salam 1 Malaysia....to all my frenz...
    Alhamdulillah selesai sudah kursus yg sepatutnya di ikuti...Exam pun da selesai...cuma result je xtau lg cam ne...hope sgt dpt result lulus dgn jayanya...Insyaallah....

    11 hari duk bertapa di Ilp Marang..dgn jadual padat..kawan2 baru..tempat baru..perkara pun baru..semuanya bermula di sana..

    Firstday kat sana..ada sesi taklimat untuk program sepanjang kursus..Setiap sorang dibekalkan beg yg berisi buku nota, pensil,pen, tentatif kursus , nametag dan nota...Semua yg mengikuti kursus melaporkan diri pd malam tu..Selesai sesi taklimat sume bersurai..

    Hari kedua bermula la aktiviti LDK..Aku ni cukup2 berdebar kalu nk bt aktiviti2 cam ni...tp kursus punya pasal...kena la ikut jgk...Sesi ice breaking bermula...setiap sorang kena perkenalkan diri masing2...seterusnya byk lg aktiviti lain dijalankan...yg pasti sume take part..xde sapa terselamat...hahahah...yg paling lawak time main game telefon karat..sorang pg ke depan bace note kt kertas then gayakan kat ahli sorang demi sorang..yg paling last kena teka pe mksd yg cuba nk disampaikan..Ntah pa pe..cukup2 kelakar..aku pun xfham ..pastu bt gaya ntah pa pe...

    Malam keesokkanya TKSU ad bt lawatan..Jadi setiap kumpulan kena buat persembahan..Kumpulan aku kena buat tarian tradisional..Tarian yg kita org pilih tarian sabah..punya la lawak..dah la xpnh2 menari..pastu terpakse buat..ase cam badut jew atas pentas. Mesti dioarg gelak2 je time tu..Aku berdebar2 atas pentas. Muka ni ase cam xde darah dah..Gementar sgt2.. hehehehe...Lepas selesai jew.. lega sgt2...

    Keesokkanya bermula sesi class..dimana peserta kursus perlu tumpukan perhatian untuk psdiaan exam nt.
    Aku cube sedaya upaya mendengar segala apa yg disampaikan dgn sebaik2nya..dengan harapan semoga dapat lulus exam nanti..Amin....Kini tiba saat yg paling mendebarkan aku...sesi pengucapan awam..tajuk bebas...aku ambil tajuk 'Langkah2 mencegah pembuangan bayi'. Aku punyalah mghafal segala lirik...tapi bila dah berdiri kat depan, gementar...suara terketar2...sampai terlupa hbis..nsib bawa spare nota..leh gak cover semula...

    Habis je sesi pengucapan awam, esoknya sume dapat kelepasan lawatan sambil belajar . Destinasi yang kiteorg tuju, Masjid Kristal, Pasar Payang n lastly Muzium Terengganu.

    Akhirnya tiba saat menduduki peperiksaan..Alhamdulillah dengan segala tunjuk ajar yg diberi, kiteorg sume dapat menjawab dengan tenang....

    Selesai sume kursus..aku sambung bercuti di kg halamanku..then baru mula kerja...Best dapat merehatkan diri....
    Kenangan Di Masjid Kristal, Kuala Terengganu

    Tuesday 21 February 2012

    **Bila Hati Mula Berbicara**

                 Bila hati kita mula berbicara, mulut tak lagi bersuara.....segala rasa hanya terpendam dalam hati....keadaan memaksa diri untuk tak berkata-kata...tapi mampukah kita sebagai seorang manusia terus-terusan sedemikian rupa? Berpura-pura dalam alam nyata?Sesungguhnya kesakitan memendam rasa adalah lebih pedih daripada kita terluka di luaran....Luka diluar mampu dipulihkan dalam jangka masa yang singkat.  Tapi andai kata hati kita yang terluka adakah mampu pulih dalam masa yang singkat?

                Tak mungkin...tak mungkin kita mampu merawat luka itu...Aku dah xmampu untuk hadapi semua  dugaan ini....Segalanya datang bersilih ganti.  Hati aku tak berdaya untuk berdepan dengan semua ini. Aku dah xde kekuatan lagi..

    **mood**,,,,,,,,,,,,,,,   sedih gler ,,,,,,,,,,,,,,,,
    **hati** ,,,,,,,,,,,,,,,,,terluka ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
    **jiwa**,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,bergelora,,,,,,,,,,,,,,,,,,
    **kesudahannya**,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Biarlah Masa Jadi Penentu Segala,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
    **pasrah**,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Dengan Ketentuan-Nya,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



    Ya Allah,kenapa wanita sering menangis?
    JawabNya.. : kerana wanita itu unik..
    Aku lembutkan hatinya utk memberi rase aman,
    Aku kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
    Aku teguhkan peribadinya utk terus berjuang di saat yg lain menyerah,
    Aku kuatkan batinnya utk tetap menyayangi walau disakiti,
    Tapi jika satu saat dia menangis, itu kerana Aku berikannya air Mata utk membasuh luka dan memberi kekuatan baru..


    Dapatkah putik kan menjadi bunga
    Kiranya cuaca sering gerhana
    Dapatkah kasih berseri selamanya
    Ataupun aku harus berserah
    Kepadanya yang maha Esa

    Mestikah ada satu pengorbanan Sehingga terjadinya perpisahan
    Kiranya itu satu permintaan
    Perlukah kau dan ku merelakan

    Kita hanya insan selalu mengharapkan
    Suatu yang indah dalam percintaan
    Kira nya tiba dugaan mendatang
    Aku kau tinggalkan

    Karam aku di lautan duka
    Bila wajah mu hilang dimata
    Tiada berita mengubat rindu dikala sendu
    Ku biarkan luka dihati berdarah
    Sehingga kering dimamah mentari
    Apakah salah ku disakiti sebegini

    Kita hanya insan selalu mengharapkan
    Suatu yang indah dalam percintaan
    Kira nya tiba dugaan yang mendatang
    Aku kau tinggalkan

    Karam aku di lautan duka
    Bila wajah mu hilang dimata
    Tiada berita mengubat rindu dikala sendu

    Ku biarkan luka dihati berdarah
    Sehingga kering dimamah mentari
    Apakah salah ku disakiti sebegini
    Perlukah aku terus mengharapkan

    Camar yang hilang kembali gersang
    Apakah masih ada kerindu
    Yang tersimpan di hati mu sayang

    Tuesday 31 January 2012

    ** KAWAL KEMARAHAN ANDA **



     TIPS KAWAL KEMARAHAN

    1. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskannya perlahan-lahan.
    Kaedah ini dah ramai motivator bagi. Saya sekadar mahu ulanginya semula. Buatlah, anda pasti akan dapat rasai kelegaannya. Kita jadi tak stabil sebab kita tengah gagal untuk kawal emosi kita. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskannya perlahan-lahan.

    2. Minum air masak sekerap yang mungkin.
    Cuba bila anda marah-marah, kemudian anda ambil air masak, minum seteguk. Tak payah banyak-banyak, kak. Seteguk pun jadi. Cuba tengok hasilnya. Kalau tak jadi okey, kalau marahnya tak kurang-kurang juga, baru cari saya. Wah, macam berani sangat saja. Betul kak, cara ni saya sendiri sudah selalu buat. Ramai pun yang saya lihat mengamalkan kaedah ni berjaya mendapat hasilnya.

    3. Ambil wuduk.
    Saya suka yang ini. Dalam banyak-banyak petua, yang nombor tiga ni yang paling saya suka. Bang, kak, dik, dalam kita marah-marah, syaitan tu sebenarnya yang sedang berada di dalam hati dan pemikiran kita. Jadi, tak ada lain yang dapat mengusir ia daripada tubuh kita, melainkan Dia juga. Ambil wuduk. Anda pasti mendapat kembali ketenangan.

    4. Mandi.
    Kalau rasa dah ambil wuduk tak kurang-kurang juga marahnya, cuba pula mandi. Macam saya sebut sebelum ni, air ni ada aura dan elemen ketenangannya yang tersendiri. Bila anda mandi, bila anda mengenakan air pada keseluruhan tubuh anda, secara tidak langsung elemen ketenangan itu akan masuk ke tubuh anda dan akan memberikan suatu suntikan kesegaran yang baru buat anda.

    5. Baca Al-Quran.
    Nombor lima ni nampak macam payah. Baca Quran pun payah? Ya, maksud saya sukar ni ialah macam mana nak baca Quran kalau hati tengah marah-marah. Betul? Jadi, ambil wuduk dulu. Amalkan dulu petua nombor tiga kat atas tu. Dah rasa okey, ambil mushaf, dan baca Quran. Kali ini anda akan mendapat ketenangan yang sebenar-benarnya, percayalah!

    P/s : Janganlah kita terlalu ikutkan hati dan perasaan..Cubalah kawal kemarahan dalam diri kita..
    Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman..
    Lagi satu, kalau kita asyik marah2 nanti cepat tua...:)

    Baca doa ini ketika kita sedang marah.....:-






    Monday 30 January 2012

    ** Gelora Dihati **

    Salam  sume....
    n3 kali apa hot topic kite ekkk???
    Point aku kali ini adalah berkaitan dengan sikap EGO...sekadar berkongsi apa yang tersirat....

    erti EGO..

    ada yang memang tak paham langsung..
    ada yang buat-2 tak paham..
    ada yang sengaja tak nak paham..
    ada yang memang tak perasan..
    ada yang tak boleh nak ubah..
    ada yang tak boleh berubah..
    ada yang ingat perkara ni mudah.
    ada yang ingat EGO ni moto skuter yamaha...
    Ego..satu perkataan yang membawa erti perasaan mementingkan diri, ..
    (Dia tidak mengaku bersalah). Ternyata semua orang mempunyai ego masing-masing kerana ada keperibadiannya sendiri. Ego inilah yang membuatkan orang lain menderita dan menahan perasaan sengsara bila hidup bersama.

    Ego itu perlu apabila :
    1. kita merasakan diri kita terancam.
    2. seseorang itu cuba menafikan apa yang betul.
    3. ..........
    Ego perlu dielak apabila :
    1. kita sedar kita membuat kesalahan.
    2. kita sedang berhadapan dengan orang yang lebih tua walaupun pada masa itu, mereka salah.
    3. kita cuba menunjuk-menunjuk akan kebolehan/kejayaan.
    4. ..........
     Egokah aku?


    Sunday 22 January 2012

    **cter ari ni**

    Assalamualaikum...
    Hye sume...hari ni hari membosankan....why?? coz staff ramai cuti...ak dri td duk buat keje sambil layan THR Gegar....lau cuti hari ni boleh ikut adik ak n acu 1 fmily p jalan2 perlis....hehehe...semalam pun dah p berjalan sakan...sampai 3 buah umah...(macam p beraya la plak)...hehehe...
    Tak la....saja pg merapatkan hubungan silaturahim....
    Pe cter ari ni ek? Ak nak post gambar ari tu...
    (masa jalan-jalan Kuala Kedah)

    Tengah merenung jauh, lihat langit biru terbentang luas bersama Ain.....hehehehe

    Starting AFO berbaju merah nak mula melompat...hahahaha....:)
    Hehehe kelakar gler...baru nak lompat gambar telah d'snap....tersilap set time r tu...huhu...ada lagi pic lain....jom2 sume tengok....


     Haaaaaaa...Semua tengah terawang-awang nak mulakan sesi terbang...kalaulah ada sayap??? Mesti da sampai ke langit....hehehe....gambar paling kelakar....muka ak pun ntah macam apa...1st time join diorang snap pic melompat...hahaha...Sebelum ni ....haram xpernah nak ambik...(malu sangat la kononnya)....Memang betul pun....bila tengok balik...haiii...betul ke ak dalam pic ea???Hahahaha....


    Pic sapa tu?? Cuba teka semua......(hehehe...empunya blog ni r)....Pic nak buat cover novel ni....(bila plak la nk jadi penulis ni....) ...Ala macam cter Gemersik Kalbu yang ditayangkan setiap isnin-khamis pukul 7.00p.m..Arini Eva..Ak kena guna nama samaran juga la...Nanti kena fikir dulu...hehehehe....Tapi nak karang novel cter apa pun tak tahu lagi... Masa pic yg disnap oleh Ain ni..Kteorg otw nk p cari kedai makan...Time untuk dinner............(lapar gler time tu)...sabar jew la...hehehe...




    Jeng...jeng...jeng.........makanan yang diorder telah sampai...xsabar ase nak makan time tu.....nyam...nyam...memg sedap......hehehehe....(dibelanja oleh Kak Zana....) ...Thanks Kak Zana...huhuhu....




    Time ni ak tgh cbuk nk susun2 makanan bagi dekat2 n senang untuk kteorang berempat menikmatinya...huhuhu....




    Sempat lagi nak berposing dulu sebelum makan...Cian kat dekat yang tukang ambikkan gambar..coz gmbr dya xde....hehehehe (jangan marah ye...)




    Pic setelah perut kekenyangan....hehehe...
    Keletihan menghabiskan makanan.....banyak sangat minum air...huhuhu



    Pic ni paling comel...hehehe.....sapa paling comel dalam pic ni??? ...