love is amazing!!!

Background

Followers

Monday 30 July 2012

**My Special Day is My Besday**

***27.07.1989***
*****It's My Birthday*****
****Cik Anie****

"happy besday to u....hepy besday to you....happy besday to syg....;)"
Terharu rasa dengar En.Tunang nyanyi 4 wish my besday....walaupun bukan yg 1st person wish....tapi tetap mengharukan hati ini....Lagipun faktor kelewatan adalah diluar kemampuan....hehehehe...
Hadiah yang paling bermakna ialah dapat sambut besday bersamanya....Dapat berbuka bersama-sama....

After makan sempat lagi snap beberapa keping gambar di I-City Alor Setar....hahahah....



Muka Keletihan...hahahahahah

Hepy dapat bersama-sama.........




Olooo...nak juga berposing....heheheheh



Alhamdulillah ...Detik 27.07.2012 genap lah 23 tahun umur aku....hehehehe....(Muda ag kan)................
Kali kedua aku dapat sambut bersama-sama dengan dya...Bermakna genap 2 tahun sudah......hubungan kami...semoga Allah akan sentiasa merahmati hubungan kami berdua...Amin..............


Wednesday 18 July 2012

** Gayakan Penampilan Dengan Skirt Lycra??**



Salam buat semua rakan-rakan blogger ku...heheheh ;)
Actually topic hari ini, aku nak cakap pasal Skirt Lycra...
Dalam masa terdekat ini aku selalu je survey pasal skirt ni...Bukan apa..aku tengok orang lain pakai comel je..Nampak ayu lagi tu...Hahahhaha....Betul tak??
Niat dihati nak try jugak gayakan skirt tu..hahaha...Rasa-rasa ok x nanti?
Tapi sesuai ke aku nak pakai macam tu?



Comel kan? Nampak lebih elegan kan?
Haiii...nanti aku nak p cari la....dalam blog pun banyak juga choices....Tapi kan? Warna apa yang menarik?? Warna apa yang sesuai dengan aku ek?
Tapi tak apa, survey2 dulu....

Monday 16 July 2012

**16.07.2012**

Assalamulaikum..
Hye kawan2 sume...(sapa la ye yang baca blog aku ni??)..Tak kisah la sapa2 pun...
Rasanya dah lama tak masuk apa2 'story' ....Actually aku tak ada idea nak entry apa2..
Sebenarnya aku tak tahu apa yang tak kena dengan diri aku ni...2, 3 hari ni asyik nak marah-marah je, cepat terasa pula tu...Kenapa?? Aku sendiri tak dapat nak jelaskan...perasaan ni hadir sendiri..Macam mana aku nak elakkan dari terus jadi macam ni?
Silap-silap kalau tak dibendung boleh membuatkan sesuatu perhubungan 2 semakin goyah...Semua gara-gara dek terlalu ikutkan perasaan...
Aduiii...parah betul kalau dah sampai tahap macam ini.....
hati...oh hati....kenapa kau jadi sebegini rupa.....??
Hati tak dapat nak jawab la kan?
Aku sendiri la kena tentukan macam mana cara untuk aku menangani semua masalah ini...
Dah lah bulan puasa dah semakin dekat...tak akan lah aku nak bergaduh dengan orang je kan?
Sepatutnya 'time' macam ini lah aku kena minta maaf dengan semua orang atas semua salah silap yang aku buat...samada dalam keadaan sedar ataupun tidak...
Baiklah...dekat sini aku nak minta maaf dengan semua orang yang ada aku buat salah dan silap....moga-moga diaorang semua dapat memaafkan....
Urmm sedihnya.........:( ............

p/s : Janganlah kita saling berdendam antara satu sama lain.....sesungguhnya memaafkan antara satu sama lain adalah perkara yang paling mulia.....

Thursday 5 July 2012

**Holiday dalam kursus**








Hai semua....pic diatas telah kami snap semasa sedang berkursus di IPP Langkawi....
Pagi kami berkursus, petang plak menghabiskan masa dengan jalan-jalan kat Dataran Lang dan shopping coklat dekat Haji Ismail Group...Sempat lagi untuk aku , adik dan kawan2 berposing depan Langkawi Saga.......Aku ni pantang kalau pergi berjalan...wajib bergambar...buat kenang-kenangan la katakan..Lagipun bukan selalu pun kan nak macam ni? Bila dah ada peluang macam ni...boleh buat macam-macam.....
Perempuan memang macam ni kan...Kaki jalan dan kaki shopping....Godaan tu banyak sangat.....heheheheh :)

**Jalan-jalan Di Tasik Darul Aman**

Nie 2 orang adik aku...nampak gaya Aidil dah lebih tinggi dari kakak2nya....hahahahah
Makin terserlahlah nanti 'kerendahan' kami berdua...hehehe  :)

Haa yang baju hijau tentu semua da tau siapa kan?
My lovely 'tunang' with adik2 aku dan mak tersayang...

Yang pic ni, dah terang-terang aku la kan berbaju biru 'Angry Bird' sedondon ngan adik aku...Actually adik aku la beria2 sangat nak beli sama...hahaha......

Inilah kami berdua....

Adik aku bersama mak....

Aku dan sidia tersayang...gelap sudah kulitnya...hehehe...baru balik dari operasi la katakan....


**Perwatakan seseorang melalui cara berjalan**

 
 
 
Sifat dalaman seseorang tidak akan tertonjol semasa awal perkenalan, adakah anda tahu bahawa cara jalan juga serba sedikit menunjukkan ciri-ciri diri seseorang, bunyi seperti tidak penting tetapi sebenarnya sangat perlu diperhatikan, apa kata anda cuba tengok dibawah ini adakah ianya ada yang sama dengan anda?

  • Jika dilihat dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Sesiapa yang jalannya berginjat, kononnyadia adalah seorang yang tidak jujur kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain, juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, biasanya suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana orang seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai. 

  • Jika berjalan yang kerap menoleh ke kiri dan kanan. Orang seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap orang seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, walaupun begitu ramai yang berusaha untuk menakluki hatinya. Kononnya orang seperti ini senang diatur dan diuruskan.

  • Jika suka jalan sambil menunduk. Orang seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Orang seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, mereka ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada yang berjaya menawan hatinya dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, orang jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati seseorang yang dicintainya.

  • Jika berjalan memandang lurus ke depan. Mereka ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika orang seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

  • Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Mereka yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia  menganggapnya masalah kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

  • Jika berjalan badan tampak tegak. Mereka ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari orang seperti ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi orang yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

  • Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Mereka yang jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan orang seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung.

  • Jadi apa kategori rakan-rakan semua? Renung2kan dan nilailah diri anda sendiri.....:)

    **my stories**

    Salam buat semua teman2 blogger...yang selalu mengisi masa terluang dengan update apa2 stories kt blog masing2...Terasa lama jari jemari ni tak menari atas keyboard yang telah sedia menanti ...hahahaha...bermadah pujangga la plak aku ni kan?  Dah jiwa tu macam tu....hehehe...
    Aku tak sabar sebenarnya nak tunggu sambungan cerita Dejavu Kinabalu malam nanti...apa la agaknya yang telah terjadi dekat Nadhira tu...hurm excited rasa nak tahu....





    Drama yang benar2 romantik...hahaha....Kalau dalam hati dah ada taman...apa2 semua yang kita tengok, dengar, asal ada jew kaitan dengan cinta...mesti semuanya kita akan rasakan sesuatu perkara yang indah...sampai terbawa-bawa dalam mimpi tu...hahaha...Itu namanya jiwa kita dah terlalu parah la tu...Kena cepat-cepat pergi jumpa 'Doktor Cinta'....
    Adakah anda semua telah miliki  'Doktor Cinta'....?
    Rasanya masing-masing dah ada......

    Ada lagi satu cerita ni kan...'Glory Jane' ...Hari-hari aku tak akan terlepas tengok cerita ni....Disebabkan terlampau menghayati cerita ni kan, sampai mengalir air mata ni...hahaha.....Cerita yang menyedihkan.....Sesiapa yang suka layan cerita korea ni mesti tengok punya cerita ni....


    Hari-hari drama tetap yang aku mesti nanti-nantikan seperti yang tertera diatas...hehehe......:)
    Jom semua kita tengok...untuk sesiapa yang berminat jew la...yang tak suka tu, xpayah la tengok ye.....