love is amazing!!!

Background

Followers

Tuesday, 10 September 2013

~Waiting 4 Baby~

Assalamualaikum..

Entry hari ni pasal apa plak ye?
Actually aku baru jew balik dari Kota Bharu semalam, Ahad 08.09.2013 sampai dekat Alor Setar ni..
Syukur alhamdulillah aku dapat juga meluangkan masa dengan suamiku yang tersayang selama 2 hari.  Walaupun masa begitu singkat tapi ia tetap bermakna bagi kami yang tinggal berjauhan ni.  

Ternyata masing-masing happy yang teramat bila dapat bersua muka..Macam baru bercinta la plak kan..
Aku sebenarnya dah bersedia untuk menjadi seorang 'ibu'. Suami tersayang juga dah tak sabar-sabar nak ada baby..hihi...
Tergelak sorang-sorang kalau fikirkan pasal ni..
Hari ni aku pun pergi lah farmasi untuk beli Acid Folic.
Ni lah rupanya Acid Folic yang baru aku beli tadi.

Ini tanda persediaan awal aku bahawasanya aku sudah bersedia menjadi Ibu kepada anak2 kami berdua.."Anak2?" macam ramai jew bunyinya...? hehe..Mana lah tahu rezeki lebih dapat anak kembar?
Insyaallah...semuanya ketetapan Allah S.W.T...

Apa itu Asid Folik ?
  • Asid folik adalah Vitamin B yang sangat penting dalam kehamilan untuk membantu wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
  • Ia dapat membantu mengatur pembentukkan sel saraf "embryonic" dan "fetal" yang amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Siapa yang memerlukan Asid folik ?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun, terutama bagi wanita yang ingin hamil.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang.
Bila Asid folik perlu diambil ?
  • Sekurang-kurangnya 3 - 6 bulan sebelum mengandung (@berkahwin)
  • Semasa mengandung sehingga melahirkan.
Mengapa Asid folik penting ?
  • Ia dapat mengurangkan kecacatan saraf tunjang
  • Dapat mengurangkan keguguran, kelahiran pra-matang dan kekurangan darah
  • Mengurangkan kecatatan lain seperti :- sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukkan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.
Pengambilan Asid folik
  • Hanya satu biji setiap hari.
  • Dos bagi wanita biasa adalah 400 microgram
  • Dos bagi wanita yang hamil adalah 600-800 microgram

Thursday, 5 September 2013

Renungan : 12 Sikap Isteri Yang Sejukkan Hati Suami !


khas buat para isteri.. jom kita ketahui apakah 12 sikap yang boleh kita sejukkan hati suami :)

1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.
2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.
3. Suka memberi perhatian kepada suami. Perhatian tersebut akan membuat seorang
    suami merasa nyaman.
4. Menerima sekecil apapun pemberian suami dan menghargai pemberian tesebut.
5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum mampu dia penuhi.
6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika
    berbicara kepada suami.
7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami selagi bukan menyuruh pada
    hal-hal kemaksiatan.
8. Suka menemani suami diwaktu makan maka seorang suami akan merasakan bahagia bersama.
9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.
10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana biasanya seorang
      suami tidak menyukainya.
11. Suka menghibur hati suami ketika dia dalam suasana bersedih.
12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada
      hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.

Wednesday, 4 September 2013

~Fly to Kota Bharu~

....:::::Akhirnya:::::.........

Assalamualaikum..
Apa cerita terkini ye? Actually, esok nak bertolak ke Kota Bharu untuk jumpa sidia yang tersayang..Siapa??
Ofcourse la my lovely husband..Last jumpa raya hari tu..So, bila dihitung hari dah lebih kurang 24 hari , kalau dalam minggu = 3 minggu  laa xjumpa ..Rindu tahap maksima dah nie..bukan cerita impak maksima k!...heheheh..this is my love story...
I love him so much! 
Apa ni?? Semua orang ada suami kot?
Tapi tak sama dengan situasi aku kot? PJJ..
'Perkahwinan Jarak Jauh' heheheheh dulu kami ni PJJ jgk tapi dalam istilah
'Percintaan Jarak Jauh'
Ada perbezaannya tu, dulu belum sah dan halal...hihihi...sekarang??
'sah menjadi milikmu' heheheh..
Syukur alahamdulillah...

Tengahari tadi waktu lunch aku dengan Kak Zana Officemate ku pergi ke Shahab Perdana coz nak beli tiket pergi Kota Bharu...thanks so much kak zana! Coz sudi tolong kawanmu ini...hihihi...
Pada awalnya niat dihati nak beli tiket bas Konsortium Mutiara untuk perjalanan pergi-balik, tetapi tiket dari Kota Bharu-Alor Setar dah habis la plak..So, aku juz beli tiket pergi, balik naik bas  Transnasional..
Ni lah tiket yang dimaksudkan..

  
Tiket Pergi-Balik...
Lepas tu kan? Balik keja tadi terus aku packing baju..Punya lah bersemangat waja aku nak pergi sana.  Tapi aku tak ada la bawa baju banyak sangat. hihihi..

Beg yang nak bawa esok..

   
Beg yang bawa esok...
Tak sabar rasanya nak tunggu malam esok...Cepatlah masa berlalu...
hihi...
Tidur awal la malam ni...supaya siang cepat muncul... ;)

~ Hati Berbunga-bunga ~