love is amazing!!!

Background

Followers

Tuesday, 10 September 2013

~Waiting 4 Baby~

Assalamualaikum..

Entry hari ni pasal apa plak ye?
Actually aku baru jew balik dari Kota Bharu semalam, Ahad 08.09.2013 sampai dekat Alor Setar ni..
Syukur alhamdulillah aku dapat juga meluangkan masa dengan suamiku yang tersayang selama 2 hari.  Walaupun masa begitu singkat tapi ia tetap bermakna bagi kami yang tinggal berjauhan ni.  

Ternyata masing-masing happy yang teramat bila dapat bersua muka..Macam baru bercinta la plak kan..
Aku sebenarnya dah bersedia untuk menjadi seorang 'ibu'. Suami tersayang juga dah tak sabar-sabar nak ada baby..hihi...
Tergelak sorang-sorang kalau fikirkan pasal ni..
Hari ni aku pun pergi lah farmasi untuk beli Acid Folic.
Ni lah rupanya Acid Folic yang baru aku beli tadi.

Ini tanda persediaan awal aku bahawasanya aku sudah bersedia menjadi Ibu kepada anak2 kami berdua.."Anak2?" macam ramai jew bunyinya...? hehe..Mana lah tahu rezeki lebih dapat anak kembar?
Insyaallah...semuanya ketetapan Allah S.W.T...

Apa itu Asid Folik ?
  • Asid folik adalah Vitamin B yang sangat penting dalam kehamilan untuk membantu wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
  • Ia dapat membantu mengatur pembentukkan sel saraf "embryonic" dan "fetal" yang amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Siapa yang memerlukan Asid folik ?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun, terutama bagi wanita yang ingin hamil.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang.
Bila Asid folik perlu diambil ?
  • Sekurang-kurangnya 3 - 6 bulan sebelum mengandung (@berkahwin)
  • Semasa mengandung sehingga melahirkan.
Mengapa Asid folik penting ?
  • Ia dapat mengurangkan kecacatan saraf tunjang
  • Dapat mengurangkan keguguran, kelahiran pra-matang dan kekurangan darah
  • Mengurangkan kecatatan lain seperti :- sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukkan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.
Pengambilan Asid folik
  • Hanya satu biji setiap hari.
  • Dos bagi wanita biasa adalah 400 microgram
  • Dos bagi wanita yang hamil adalah 600-800 microgram

No comments:

Post a Comment