love is amazing!!!

Background

Followers

Thursday 15 September 2011

**Cinta...Mungkinkah Selamanya??**

PEJAMKAN MATAMU........SAYANG............


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah

Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata

Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka matamu

Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini







 Kukuhnya sesuatu hubungan?? Bermula..........

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:




* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.


TIPS KEKALKAN HUBUNGAN CINTA JARAK JAUH


Komunikasi yang efektif

Komunikasi yang berkesan atau efektif amat penting dalam menjamin keteguhan cinta jarak jauh. Setiap pasangan harus sedar dan sentiasa menganggap bahawa mereka sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Walaupun mereka berada jauh antara satu sama lain, namun perhubungan antara mereka perlu sentiasa dijaga dan diambil berat. Tambahan pula, teknologi sekarang yang sudah berkembang maju membolehkan mereka berhubung dengan lebih mudah, bukan sahaja dapat mendengar suara tetapi juga dapat melihat wajah masing-masing. Perkembangan ini amat membantu pasangan yang berada jauh di luar negara atau di mana-mana sahajalah. Jadikanlah sebagai satu amalan untuk setiap pasangan sentiasa memberitahu perkembangan semasa setiap dari mereka. Ini akan menambahkan dan merapatkan lagi hubungan sesama mereka walaupun cinta mereka itu cinta jarak jauh.

Bina Kepercayaan

Semua orang kata, kepercayaan merupakan asas yang paling penting dalam setiap perhubungan. Tanpa kepercayaan, maka tiadalah kebahagiaan. Apabila tiada kebahagiaan, maka runtuhlah sesuatu hubungan. Cinta jarak jauh tidak terkecuali untuk saling percaya antara satu sama lain, lebih-lebih lagi mereka ini berada jauh dan tidak berhadapan antara mereka. Jadi, kepercayaan teramatlah penting dalam perhubungan mereka. Sentiasalah bina kejujuran, kepercayaan dan sikap saling bergantungan sesama mereka. Ini akan menguatkan lagi bibit-bibit cinta selain mengukuhkan kepercayaan dan kejujuran setiap pasangan.


P/S: Hargai cinta seadanya.....Setialah pada yang satu............

No comments:

Post a Comment