love is amazing!!!

Background

Followers

Sunday, 23 December 2012

** 23.12.2012**

** 23.12.2012 **
*** Office Ku ***


Assalamualaikum...
Hai...hopefully sume sahabat blogger sht belaka ye...Hari ni kat ofis adalah lah update keje2 ckit...N sekarang curi masa untuk update entry kat blog sendiri ni..
Tinggal lagi 8 hari jew nak melangkah ke Tahun Baru **2013**..Sekejap jew terasa masa berlalu...Pejam celik dah pun hujung tahun...Dan genap 2 tahun lebih aku bekerja di Kedah...Entah sampai bila agaknya aku dapat stay keje kat cni ....? Tahun depan dah nak tamatkan zaman bujang...Nanti xde dah lah ye pangkat 'Cik' tu...Coz bakal bertukar kepada 'Puan'....hehehehe....
Persiapan dah pun ready ckit2...Bab borang plak juz ada ckit lagi nak kena update...
Kat rumah plak tengah sibuk renovate bilik untuk aku..hehehe Macam xpercaya jew aku dah nak kahwin nanti....Bersediakah aku??? Hahahaah....
Sekarang pun dah genap 7 bulan aku bergelar tunangan orang...Macam-macam perkara pahit manis aku lalui dalam tempoh ni...Yang penting dalam setiap perhubungan adalah kesabaran, kesetiaan , kepercayaan...Kalu asas yang ni pun xde dalam diri kita, maka hubungan tu susah untuk bertahan lama..Hidup mana yang xpernah diduga? Alhamdulillah...aku bersyukur dengan apa adanya dalam perhubungan kami...
Aku juga harap semoga perjalanan hidup kami akan dipermudahkan oleh-Nya...Insyaallah....


Friday, 21 December 2012

** SELANGKAH MENUJU KE HADAPAN_ 2013**

Persiapan yang perlu bagi setiap pasangan yang bakal berkahwin.... ;)



12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu


5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa


2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan


SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung



    Sunday, 7 October 2012

    ** Kursus Pra-Perkahwinan**

    Assalamualaikum....
    Haii, apa cter semua rakan2 blogger? hopefully sihat2 belaka....Topik aku kali ni?? Urmm dah tertera kt atas lagi dah...xperlu diberitahu lagi kan?? hehehe....
    Ok lah...aku pg kursus ni bersama dua rakan satu tempat kerja dengan aku..iaitu Ety dengan Aril....Kursus 2 cuma 2 hari bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman anjuran bersama Kalam Muslim dan IPDA.  1st tme dapat masuk ke institut itu..hahaha....kebanyakan yang terlibat adalah golongan student sana...hehehe adalah dalam beberapa orang termasuk kami yang tersesat ikut diaorng kursus sekali..So far semua berjalan dengan lancar. Banyak juga input yang aku dapat, banyak perkara yang aku belajar sebelum melangkah ke step yang seterusnya...Yang paling penting xmembosankan..kat bawah ni aku adalah tentatif sepanjang kursus yang kami ikuti.

    05/10/2012

    7.30-8.30        - Pendaftaran dan taklimat kursus

    8.30-10.30      - Akidah/ Ibadah

    10.30-11.30    - Akhlak

    11.30-12.30    - Hubungan dalam keluarga

    12.30-2.30     -REHAT ( Makan minum disediakan)

    2.30-4.30       - Prosedur Perkahwinan

    06/10/2012

    8.00-8.30        - Pendaftaran dan taklimat kursus

    8.30-10.00      - Pengurusan Kesihatan

    10.00-11.00    - Pengurusan Sumber Kewangan dan Masa

    11.00-12.00    - Komunikasi Suami Isteri

    12.00-2.30     -REHAT ( Makan minum disediakan)

    2.30-3.30       - Pengurusan Stress dan Runding Cara

    3.30-4.30       - Pembubaran Perkahwinan

    4.30-5.00       - Taklimat Penutup

    Semasa pendaftaran, aku telah dibekalkan dengan satu fail yang berisi tentatif kursus, kertas A4 untuk catatan nota, pen biru , borang kursus dan buku yang bertajuk 'Memasuki Gerbang Perkahwinan'.
    Buku 2 mengandungi semua nota berkaitan rumah tangga yang boleh kita amalkan setelah melangkah ke alam perkahwinan yang tersayang.  Memang patut golongan yang bakal berkahwin menghadiri kursus kahwin kerana ia dapat memberi banyak pendedahan berkaitan pengalaman yang telah dilalui oleh penceramah.  Hal yang demikian dapat membuka mata para pasangan untuk melakukan serta mengamalkan apa yang patut dalam membentuk rumah tangga yang harmoni seterusnya mengekalkan kebahagiaan yang telah mereka perolehi tanpa ada pertelingkahan yang menjurus ke arah pembubaran perkahwinan.  Lagipun kita semua ingin berkahwin bukan untuk bercerai di masa akan datang.. Betulkan??
    Kemanisan dalam kehidupan berumah tangga sepatutnya diperolehi oleh kita dan dinikmati dengan sebaik-baiknya.  Insyaallah...jika kita di jalan yang benar Allah S.W.T akan memberkati perhubungan itu.

    Sebaik-baiknya hidup dalam berumahtangga ini perlu ada sikap bertolak ansur, memahami antara satu sama lain, menghormti pasangan dan yang paling penting agama.  Jika kita bentuk keluarga dengan didikan agama yang mencukupi, insyaallah hubungan itu akan sentiasa harmoni dan ceria selalu....

    Jadi kepada kawan-kawan yang belum lagi pg kursus tu boleh lah cepat-cepat pg...Jangan tertidur dah la ye...Sebab masa yang terbuang tu telah merugikan anda dalam mendapat input yang cukup berharga..


    Oklah ye, setakat ini sahaja coretan aku untuk kali ini.  Semoga apa yang telah aku sampaikan dapat memberi sedikit bayangan kepada yang xpg lagi kursus kahwin ni...






    Friday, 31 August 2012

    **Me again... ;) ...!!!**


    <<<<WELCOME TO MY BLOG AGAIN>>>>
    Hehehehe

    **Cik Anie**



    Salam Lebaran buat semua umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri...Rasanya tak terlewat lagi  untuk ku ucapkan ....Hehehehe...Ramadhan berakhir...Syawal menjelma...
    Macam mana sekarang kawan-kawan semua??? Masih bz berhari raya?
    Mestilah kan...tambah2 plak time2 sekarang ni semua bz buat rumah terbuka...
    Tapi...jangan terlampau syok makan pelbagai makanan...nanti takut2...terlebih dos dan terlajak makan...Penyakit plak yang melanda...hopefully...semua beringat2 sebelum terjadi...
    Ok lah...banyak plak aku bercakap kan...
    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir dan Batin

    Love u all....
    Hehehehehh....
    See u all again in my lovely blog...

    Monday, 30 July 2012

    **My Special Day is My Besday**

    ***27.07.1989***
    *****It's My Birthday*****
    ****Cik Anie****

    "happy besday to u....hepy besday to you....happy besday to syg....;)"
    Terharu rasa dengar En.Tunang nyanyi 4 wish my besday....walaupun bukan yg 1st person wish....tapi tetap mengharukan hati ini....Lagipun faktor kelewatan adalah diluar kemampuan....hehehehe...
    Hadiah yang paling bermakna ialah dapat sambut besday bersamanya....Dapat berbuka bersama-sama....

    After makan sempat lagi snap beberapa keping gambar di I-City Alor Setar....hahahah....


    
    Muka Keletihan...hahahahahah
    
    Hepy dapat bersama-sama.........
    


    
    Olooo...nak juga berposing....heheheheh
    
    
    
    Alhamdulillah ...Detik 27.07.2012 genap lah 23 tahun umur aku....hehehehe....(Muda ag kan)................
    Kali kedua aku dapat sambut bersama-sama dengan dya...Bermakna genap 2 tahun sudah......hubungan kami...semoga Allah akan sentiasa merahmati hubungan kami berdua...Amin..............


    Wednesday, 18 July 2012

    ** Gayakan Penampilan Dengan Skirt Lycra??**



    Salam buat semua rakan-rakan blogger ku...heheheh ;)
    Actually topic hari ini, aku nak cakap pasal Skirt Lycra...
    Dalam masa terdekat ini aku selalu je survey pasal skirt ni...Bukan apa..aku tengok orang lain pakai comel je..Nampak ayu lagi tu...Hahahhaha....Betul tak??
    Niat dihati nak try jugak gayakan skirt tu..hahaha...Rasa-rasa ok x nanti?
    Tapi sesuai ke aku nak pakai macam tu?



    Comel kan? Nampak lebih elegan kan?
    Haiii...nanti aku nak p cari la....dalam blog pun banyak juga choices....Tapi kan? Warna apa yang menarik?? Warna apa yang sesuai dengan aku ek?
    Tapi tak apa, survey2 dulu....

    Monday, 16 July 2012

    **16.07.2012**

    Assalamulaikum..
    Hye kawan2 sume...(sapa la ye yang baca blog aku ni??)..Tak kisah la sapa2 pun...
    Rasanya dah lama tak masuk apa2 'story' ....Actually aku tak ada idea nak entry apa2..
    Sebenarnya aku tak tahu apa yang tak kena dengan diri aku ni...2, 3 hari ni asyik nak marah-marah je, cepat terasa pula tu...Kenapa?? Aku sendiri tak dapat nak jelaskan...perasaan ni hadir sendiri..Macam mana aku nak elakkan dari terus jadi macam ni?
    Silap-silap kalau tak dibendung boleh membuatkan sesuatu perhubungan 2 semakin goyah...Semua gara-gara dek terlalu ikutkan perasaan...
    Aduiii...parah betul kalau dah sampai tahap macam ini.....
    hati...oh hati....kenapa kau jadi sebegini rupa.....??
    Hati tak dapat nak jawab la kan?
    Aku sendiri la kena tentukan macam mana cara untuk aku menangani semua masalah ini...
    Dah lah bulan puasa dah semakin dekat...tak akan lah aku nak bergaduh dengan orang je kan?
    Sepatutnya 'time' macam ini lah aku kena minta maaf dengan semua orang atas semua salah silap yang aku buat...samada dalam keadaan sedar ataupun tidak...
    Baiklah...dekat sini aku nak minta maaf dengan semua orang yang ada aku buat salah dan silap....moga-moga diaorang semua dapat memaafkan....
    Urmm sedihnya.........:( ............

    p/s : Janganlah kita saling berdendam antara satu sama lain.....sesungguhnya memaafkan antara satu sama lain adalah perkara yang paling mulia.....