love is amazing!!!

Background

Followers

Monday, 25 March 2013

* 25 MAC 2013 *

Assalamualaikum....
Malam ni aku tengah pening fikirkan tentang persiapan majlis kahwin yang bakal berlangsung tak lama lagi..Aku berharap sangat semua akan berjalan dengan lancar...Hmmmm....Macam mana ye? Dia masih lagi di Lahad Datu..Hati ni risau lah juga....tinggal lagi 66 hari je lagi...Semalam pula dia bagi tahu mengenai nama dia tersenarai dalam anggota yang bakal ditugaskan di unit Esscom yang kini ditubuhkan di Sabah... Kenapa banyak dugaan yang perlu aku dan dia lalui?
Tapi kata orang, semakin banyak dugaan yang perlu kita lalui dalam kehidupan kita, semakin kuat jodoh kita dengan dia...Benarkan semua itu?
Aku berharap sangat semoga dipermudahkan semua urusan kami ini..Ya Allah....Kuatkan jodoh antara kami berdua....
Aku hanya mampu berharap dan berserah pada-Mu Ya Tuhanku........
Amin.....

Pewujudan ESSCOM akan bawa manfaat seperti Rascom

KUALA LUMPUR 24 Mac - Pewujudan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di timur Sabah, akan membawa manfaat seperti Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom) di Sarawak dalam menjamin keselamatan.
Bekas pegawai staf operasi di markas Rascom, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, penting Esscom diwujudkan kerana negara menghadapi satu keadaan diancam musuh yang mempunyai senjata, rakyat tidak selamat serta mampu menjejaskan ekonominya.
"Kita tak boleh biarkan ia (ancaman) berlaku. Saya yakin, Esscom mampu membuahkan kejayaan seperti Rascom," katanya yang yakin pembentukan Esscom nanti akan mencontohi strategi Rascom yang dibubarkan pada 6 April 1995.
Katanya, model Rascom masih relevan, strategik dan wajar diguna pakai pada abad ke-21 ini kerana negara sedang menghadapi musuh bersenjata yang menggugat keamanan negara. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130324/dn_29/Pewujudan-ESSCOM-akan-bawa-manfaat-seperti-Rascom#ixzz2OYVCSPI4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, 19 March 2013

*19 Mac 2013*


Renung2kan semua golongan wanita... ;)

KISAH BENAR

Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya. Tertanya-tanya bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak kerana didapati di tempat-tempat ini kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita. Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan cyst yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam..



Friday, 1 February 2013

** Juz U & Me **

Assalamualaikum..
Hye semua...Lamanya tak update blog aku ni...
Bukan tak ada masa tapi aku yang tak meluangkan masa untuk berkata-kata..Hahahaha
Ok, sebenarnya kali aku juz nak share ckit pasal pengalaman jalan-jalan kat Kelantan..
Dan nak upload ckit kenangan kat sana...yang pasti seronok dapat berjumpa dengan sidia yang tersayang...hahahahah...

First day aku sampai seawal pg...Encik Tunang datang bawa pg breakfast dulu...Makan nasi yang ciap bungkus dah kat kedai...ada 3 jenis masa 2..bezanya lauk kat dalam...Ada nasi lauk daging, ayam dan ikan...Macam biasa la menu aku nasi lauk ayam la....Hehehe....Perut da lapar sangat...Makan sebungkus macam tak cukup je....Then ciap bungkus untuk aku makan kat bilik after check in hotel nanti...

Lepas makan tu Encik Tunang bawa pusing2 kejap jalan kat bandar Kota Bharu 2...Dapat la aku tengok sekeliling apa yang ada kat sana..hehehehe...seronok la...dapat juga sampai ke sana...
Lepas tu, Encik Tunang kena masuk kem dya la, sambung keje dya...aku jew yang cuti hari tu...Dya cuti Sabtu & Ahad jew...Aku jalan2 sendiri dekat Pasar Siti Khadijah.....
After jalan kat c2, aku masuk kat Parkson sebelah jew pun....Pukul 11 baru aku pg check in hotel Sabrina Court......Fuhh...lega dapat merehatkan diri, bersihkan diri n bersantai jew kat bilik....Bilik tu ok dan selesa la bagi aku....Malam tu baru Encik Tunang bawa pg makan kat luar....Aku dah kelaparan tunggu dya ....Tapi sabar jew la...Muka ni masam mencuka dah ase...Lapar punya pasal... Lepas makan dya hantar balik n apalagi...Masa untuk sleep....Esok la jumpa lagi yeeeee..........

Second day, hari ni banyak tempat nak pg ni...Tapi apa2 pun...perut kena isi dulu...Encik tunang datang ambik dan bawa aku pg makan dekat kedai yang ada menu ayam bakar dengan daging bakar...Sedap gler....Isi pun lembut jew...Harga pun berpatutan....Habis licin 1 pinggan aku makan..Nasib x mintak extra jew....hahahahah...nanti ter'over kenyang....

Kemudian kitaorang pg kat Pasaraya Pantai Timur, saja jalan2 cuci mata..Dekat c2 la Encik Tunang selalu pg dengan kawan2 dya beli barang keperluan...Dah puas meronda c2, Kami   pg ke KB Mall...Pg cari barang untuk buat hantaran kahwin nanti laa...terjumpa la plak dengan kawan2 Encik Tunang, so berkenalan jew la .....

Dah setel cari barang kat c2, baru lah kami pg ke Pantai Cahaya Bulan.....Saja2 nak kenal tempat, snap pic ....Lepas 2 Encik Tunang mintak aku plak yang bawa kereta...Perjalanan seterusnya ke Wakaf Che Yeh.....Pasar nie buka pukul 10 malam ke atas....Sampai sana , tgok org memang ramai, barang2 banyak....Tapi aku xde plak borong ap2...Jalan-jalan cari makan...Perut dh lapar...hahaha...Makan jew kejenya.....After that, Encik Tunang hantar balik...

Third day, Kitaorg pg jalan2 n lepak makan durian kat Pantai Irama, Bachok...
Lepas tu pg Taman tempat Encik Tunang selalu berjoging...N last destinasi...Tesco Kota Bharu......Dekat dengan Tesco tu ad Terminal bas yang aku nak naik malam tu.... Hye2 Bye2 la Kelantan......




** Setia Hujung Nyawa **

Aku tak bisa
Menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salahmu
Resah hatiku


Maafkan diriku
Melukakan mu
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar
Betapa tulus cintamu
Biar apa pun yang menghalangnya
Takkan pernah bisa dari diriku
Menjaga cintamu
Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya

  Cintaku tetap di sini
Takkan pernah jauh dari mu



Sunday, 23 December 2012

** 23.12.2012**

** 23.12.2012 **
*** Office Ku ***


Assalamualaikum...
Hai...hopefully sume sahabat blogger sht belaka ye...Hari ni kat ofis adalah lah update keje2 ckit...N sekarang curi masa untuk update entry kat blog sendiri ni..
Tinggal lagi 8 hari jew nak melangkah ke Tahun Baru **2013**..Sekejap jew terasa masa berlalu...Pejam celik dah pun hujung tahun...Dan genap 2 tahun lebih aku bekerja di Kedah...Entah sampai bila agaknya aku dapat stay keje kat cni ....? Tahun depan dah nak tamatkan zaman bujang...Nanti xde dah lah ye pangkat 'Cik' tu...Coz bakal bertukar kepada 'Puan'....hehehehe....
Persiapan dah pun ready ckit2...Bab borang plak juz ada ckit lagi nak kena update...
Kat rumah plak tengah sibuk renovate bilik untuk aku..hehehe Macam xpercaya jew aku dah nak kahwin nanti....Bersediakah aku??? Hahahaah....
Sekarang pun dah genap 7 bulan aku bergelar tunangan orang...Macam-macam perkara pahit manis aku lalui dalam tempoh ni...Yang penting dalam setiap perhubungan adalah kesabaran, kesetiaan , kepercayaan...Kalu asas yang ni pun xde dalam diri kita, maka hubungan tu susah untuk bertahan lama..Hidup mana yang xpernah diduga? Alhamdulillah...aku bersyukur dengan apa adanya dalam perhubungan kami...
Aku juga harap semoga perjalanan hidup kami akan dipermudahkan oleh-Nya...Insyaallah....


Friday, 21 December 2012

** SELANGKAH MENUJU KE HADAPAN_ 2013**

Persiapan yang perlu bagi setiap pasangan yang bakal berkahwin.... ;)



12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu


5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa


2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan


SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung



    Sunday, 7 October 2012

    ** Kursus Pra-Perkahwinan**

    Assalamualaikum....
    Haii, apa cter semua rakan2 blogger? hopefully sihat2 belaka....Topik aku kali ni?? Urmm dah tertera kt atas lagi dah...xperlu diberitahu lagi kan?? hehehe....
    Ok lah...aku pg kursus ni bersama dua rakan satu tempat kerja dengan aku..iaitu Ety dengan Aril....Kursus 2 cuma 2 hari bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman anjuran bersama Kalam Muslim dan IPDA.  1st tme dapat masuk ke institut itu..hahaha....kebanyakan yang terlibat adalah golongan student sana...hehehe adalah dalam beberapa orang termasuk kami yang tersesat ikut diaorng kursus sekali..So far semua berjalan dengan lancar. Banyak juga input yang aku dapat, banyak perkara yang aku belajar sebelum melangkah ke step yang seterusnya...Yang paling penting xmembosankan..kat bawah ni aku adalah tentatif sepanjang kursus yang kami ikuti.

    05/10/2012

    7.30-8.30        - Pendaftaran dan taklimat kursus

    8.30-10.30      - Akidah/ Ibadah

    10.30-11.30    - Akhlak

    11.30-12.30    - Hubungan dalam keluarga

    12.30-2.30     -REHAT ( Makan minum disediakan)

    2.30-4.30       - Prosedur Perkahwinan

    06/10/2012

    8.00-8.30        - Pendaftaran dan taklimat kursus

    8.30-10.00      - Pengurusan Kesihatan

    10.00-11.00    - Pengurusan Sumber Kewangan dan Masa

    11.00-12.00    - Komunikasi Suami Isteri

    12.00-2.30     -REHAT ( Makan minum disediakan)

    2.30-3.30       - Pengurusan Stress dan Runding Cara

    3.30-4.30       - Pembubaran Perkahwinan

    4.30-5.00       - Taklimat Penutup

    Semasa pendaftaran, aku telah dibekalkan dengan satu fail yang berisi tentatif kursus, kertas A4 untuk catatan nota, pen biru , borang kursus dan buku yang bertajuk 'Memasuki Gerbang Perkahwinan'.
    Buku 2 mengandungi semua nota berkaitan rumah tangga yang boleh kita amalkan setelah melangkah ke alam perkahwinan yang tersayang.  Memang patut golongan yang bakal berkahwin menghadiri kursus kahwin kerana ia dapat memberi banyak pendedahan berkaitan pengalaman yang telah dilalui oleh penceramah.  Hal yang demikian dapat membuka mata para pasangan untuk melakukan serta mengamalkan apa yang patut dalam membentuk rumah tangga yang harmoni seterusnya mengekalkan kebahagiaan yang telah mereka perolehi tanpa ada pertelingkahan yang menjurus ke arah pembubaran perkahwinan.  Lagipun kita semua ingin berkahwin bukan untuk bercerai di masa akan datang.. Betulkan??
    Kemanisan dalam kehidupan berumah tangga sepatutnya diperolehi oleh kita dan dinikmati dengan sebaik-baiknya.  Insyaallah...jika kita di jalan yang benar Allah S.W.T akan memberkati perhubungan itu.

    Sebaik-baiknya hidup dalam berumahtangga ini perlu ada sikap bertolak ansur, memahami antara satu sama lain, menghormti pasangan dan yang paling penting agama.  Jika kita bentuk keluarga dengan didikan agama yang mencukupi, insyaallah hubungan itu akan sentiasa harmoni dan ceria selalu....

    Jadi kepada kawan-kawan yang belum lagi pg kursus tu boleh lah cepat-cepat pg...Jangan tertidur dah la ye...Sebab masa yang terbuang tu telah merugikan anda dalam mendapat input yang cukup berharga..


    Oklah ye, setakat ini sahaja coretan aku untuk kali ini.  Semoga apa yang telah aku sampaikan dapat memberi sedikit bayangan kepada yang xpg lagi kursus kahwin ni...