Sebaris soalan bakal menghurai pelbagai penjelasan..Hehe..
Alhamdulillah sekarang dah hampir genap 3 bulan aku bergelar isteri yang sah kepada Mohd Nazri Ismail..sesungguhnya tak pernah aku sangka akhirnya aku dapat bersama seseorang yang amat aku sayangi dan yang paling penting dia teramat menyayangi diriku ini..
Benarlah kata orang, sebaik-baiknya biarlah kita menerima orang yang betul2 menyayangi kita dan bukanlah orang kita amat menyayanginya..Coz orang yang suka kita akan jaga kita dengan sebaik-baiknya..Insyaallah...Bersyukurlah kita andai dah bertemu orang seperti itu..So, tugas kita ni sebagai seorang isteri, kita haruslah menjaga perhubungan nie dengan sebaik-baiknya..Maruah suami pun perlulah kita jaga..Makan minum suami pun kena jaga..Betul x? hihihi...kalau tak pandai masak pun tak pe coz semua itu kita masih boleh belajar. Cuma nak atau tak nak je. Lagipun internet sekarang dihujung jari je kan..
Aku pun sekarang dalam proses menambat hati suami tercinta melalui masakan. Akan ku berusaha sedaya upaya untuk mencapainya. Kadang-kadang memanglah suami kita cakap tak kisah, tetapi hakikatnya dia nak kita menjadi seorang isteri yang pandai masak sedap-sedap untuk dia..hihi..Lagi sedap dari makan kat kedai luar tu haa...
Macam-macam la kan? Now, nak cakap pasal anak pula..actually aku ni belum ada tanda-tanda nak 'pregnant'. Mungkin belum ada rezeki lagi. Kita manusia hanya mampu merancangnya tapi yang menentukan hanya Allah S.W.T. Akan aku berusaha sedaya upaya demi suami serta keluarga tercinta..Walaupun rasa gemuruh juga bila dengar pasal nak jadi seorang Ibu nie, tetapi aku tetap mendambakan untuk menjadi Ibu. Hanya itu yang akan melengkapkan hubungan kami ini.
Lagipun aku tahu suami ku itu betul-betul berharap agar kami ada 'baby'..
hihi..
Dan......aku berharap nak ada anak kembar...semoga tercapai hasratku ini dengan keizinan-Nya.
Amin...
Insyaallah...