Assalamualaikum....
Malam ni aku tengah pening fikirkan tentang persiapan majlis kahwin yang bakal berlangsung tak lama lagi..Aku berharap sangat semua akan berjalan dengan lancar...Hmmmm....Macam mana ye? Dia masih lagi di Lahad Datu..Hati ni risau lah juga....tinggal lagi 66 hari je lagi...Semalam pula dia bagi tahu mengenai nama dia tersenarai dalam anggota yang bakal ditugaskan di unit Esscom yang kini ditubuhkan di Sabah... Kenapa banyak dugaan yang perlu aku dan dia lalui?
Tapi kata orang, semakin banyak dugaan yang perlu kita lalui dalam kehidupan kita, semakin kuat jodoh kita dengan dia...Benarkan semua itu?
Aku berharap sangat semoga dipermudahkan semua urusan kami ini..Ya Allah....Kuatkan jodoh antara kami berdua....
Aku hanya mampu berharap dan berserah pada-Mu Ya Tuhanku........
Amin.....
Pewujudan ESSCOM akan bawa manfaat seperti Rascom
KUALA LUMPUR 24 Mac - Pewujudan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di timur Sabah, akan membawa manfaat seperti Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom) di Sarawak dalam menjamin keselamatan.
Bekas pegawai staf operasi di markas Rascom, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, penting Esscom diwujudkan kerana negara menghadapi satu keadaan diancam musuh yang mempunyai senjata, rakyat tidak selamat serta mampu menjejaskan ekonominya.
"Kita tak boleh biarkan ia (ancaman) berlaku. Saya yakin, Esscom mampu membuahkan kejayaan seperti Rascom," katanya yang yakin pembentukan Esscom nanti akan mencontohi strategi Rascom yang dibubarkan pada 6 April 1995.
Katanya, model Rascom masih relevan, strategik dan wajar diguna pakai pada abad ke-21 ini kerana negara sedang menghadapi musuh bersenjata yang menggugat keamanan negara. - BERNAMA
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130324/dn_29/Pewujudan-ESSCOM-akan-bawa-manfaat-seperti-Rascom#ixzz2OYVCSPI4 © Utusan Melayu (M) Bhd