love is amazing!!!

Background

Followers

Sunday, 7 October 2012

** Kursus Pra-Perkahwinan**

Assalamualaikum....
Haii, apa cter semua rakan2 blogger? hopefully sihat2 belaka....Topik aku kali ni?? Urmm dah tertera kt atas lagi dah...xperlu diberitahu lagi kan?? hehehe....
Ok lah...aku pg kursus ni bersama dua rakan satu tempat kerja dengan aku..iaitu Ety dengan Aril....Kursus 2 cuma 2 hari bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman anjuran bersama Kalam Muslim dan IPDA.  1st tme dapat masuk ke institut itu..hahaha....kebanyakan yang terlibat adalah golongan student sana...hehehe adalah dalam beberapa orang termasuk kami yang tersesat ikut diaorng kursus sekali..So far semua berjalan dengan lancar. Banyak juga input yang aku dapat, banyak perkara yang aku belajar sebelum melangkah ke step yang seterusnya...Yang paling penting xmembosankan..kat bawah ni aku adalah tentatif sepanjang kursus yang kami ikuti.

05/10/2012

7.30-8.30        - Pendaftaran dan taklimat kursus

8.30-10.30      - Akidah/ Ibadah

10.30-11.30    - Akhlak

11.30-12.30    - Hubungan dalam keluarga

12.30-2.30     -REHAT ( Makan minum disediakan)

2.30-4.30       - Prosedur Perkahwinan

06/10/2012

8.00-8.30        - Pendaftaran dan taklimat kursus

8.30-10.00      - Pengurusan Kesihatan

10.00-11.00    - Pengurusan Sumber Kewangan dan Masa

11.00-12.00    - Komunikasi Suami Isteri

12.00-2.30     -REHAT ( Makan minum disediakan)

2.30-3.30       - Pengurusan Stress dan Runding Cara

3.30-4.30       - Pembubaran Perkahwinan

4.30-5.00       - Taklimat Penutup

Semasa pendaftaran, aku telah dibekalkan dengan satu fail yang berisi tentatif kursus, kertas A4 untuk catatan nota, pen biru , borang kursus dan buku yang bertajuk 'Memasuki Gerbang Perkahwinan'.
Buku 2 mengandungi semua nota berkaitan rumah tangga yang boleh kita amalkan setelah melangkah ke alam perkahwinan yang tersayang.  Memang patut golongan yang bakal berkahwin menghadiri kursus kahwin kerana ia dapat memberi banyak pendedahan berkaitan pengalaman yang telah dilalui oleh penceramah.  Hal yang demikian dapat membuka mata para pasangan untuk melakukan serta mengamalkan apa yang patut dalam membentuk rumah tangga yang harmoni seterusnya mengekalkan kebahagiaan yang telah mereka perolehi tanpa ada pertelingkahan yang menjurus ke arah pembubaran perkahwinan.  Lagipun kita semua ingin berkahwin bukan untuk bercerai di masa akan datang.. Betulkan??
Kemanisan dalam kehidupan berumah tangga sepatutnya diperolehi oleh kita dan dinikmati dengan sebaik-baiknya.  Insyaallah...jika kita di jalan yang benar Allah S.W.T akan memberkati perhubungan itu.

Sebaik-baiknya hidup dalam berumahtangga ini perlu ada sikap bertolak ansur, memahami antara satu sama lain, menghormti pasangan dan yang paling penting agama.  Jika kita bentuk keluarga dengan didikan agama yang mencukupi, insyaallah hubungan itu akan sentiasa harmoni dan ceria selalu....

Jadi kepada kawan-kawan yang belum lagi pg kursus tu boleh lah cepat-cepat pg...Jangan tertidur dah la ye...Sebab masa yang terbuang tu telah merugikan anda dalam mendapat input yang cukup berharga..


Oklah ye, setakat ini sahaja coretan aku untuk kali ini.  Semoga apa yang telah aku sampaikan dapat memberi sedikit bayangan kepada yang xpg lagi kursus kahwin ni...